Daisypath Graduation tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, September 30, 2011

PENGENALAN KEPADA SUKAN REKREASI

Definisi sukan rekreasi
  1. Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.
  2. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.
  3. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
  4. Konsep sukan rekreasi 
    • Berasaskan aktiviti darat
      • Lasak
      • Alam
    • Berasaskan aktiviti air
    • Berasakan aktiviti dalaman
    • Campuran kedua aktiviti
    • Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi.
    • Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.
    • Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan.
    • Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.
    • Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat.
    • Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain. 
    • Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi. 
    • Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.
    • Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. 
  5. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam
    • pembentukan personalitI
    • pembangunan insan
    • pembangunan negara
    • gaya hidup sihat
    • kepimpinan
    • kecerdasan
    • sosialisasi
    • pendidikan sepanjang hayat
    • dinamik kumpulan

No comments:

Post a Comment